Luahkan pendapat anda disini....

Kenangan ku Di UKM




pejam celik, pejam celik...... dah sampai 3 tahun aku di sini pelbagai kenangan manis dan pahit aku lalui,semua bermula sejak tahun 2006 aku xtahu kenapa perpisahan yang akan mengakhiri pada tahun ini??? aku sedih sekali kerana terpaksa meniggalkan sahabat-sahabatku yang aku sayangi.. kalaulah aku yang menguasai semua ini xkan aku biarkan suma ini berlaku.. tetapi apakan daya aku hanya insan biasa yang serba kekurangan. wahai sahabatku sekalian jangan sesekali kau meluahkan kata perpiasahan kerana ia akan membuat aku sedih yang teramat sangat. tidak ingin aku berbicara panjang.. untuk kesempatan ini izinkan aku memohon seribu kemaafan dengan segala sikap aku yang meyinggung perasaanmu, halalkan makan minum aku selama aku bersama kamu semua.. aku amat terharu dengan kamu semua kerana sudi menerima aku menjadi sahabat walaupun aku bukan lah seagama dan sebangsa dengan kamu semua. aku sayang kamu semua walaupun kamu semua tiada di depan mata aku tetapi kamu semua tetap berada di hati aku sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir,percayalah wahai sahabat-sahabatku sekalian.... ikhlas dari seorang insan yang bernama HAMID A/L AINGUAN..